Isnin, 25 Ogos 2008

Template Cokolate




Assallammuallaikum::
Btw Seoey Guys Take Long Tyme Nak Hupdate My Blog Ni

Now Da Change Template Bawu.Gilew Cokolate::Haha:::
1 Jam MengExplore Template Nih.Tut.tut Jumpe Plak ::::
Yang Cokolate Nih.Nak Wat Sendiri.Tggu La If Free t'::::
But Look Simple Jerk.Template Bawu:::Hupdate Pon Msti
Kena Baru Gak.Kan3?

Actually Kebelakangan Ni Arepit Alwez Bz.Huhu: Sekrang

Ni Bawu La Free Sket.Hee:::Sempat Lawl Nk Change
Template.Ngan Hupdate Entry Blog Ni.Klu Tak Asik Ngan
Title Lame Jerk.Korang Pon Msti Bosan Then Mlas Nak::::
Menginggah Blog Arepit::waaaa::[Salah Wa Juga]
Adooyai Asik Cite Pasat Hupdate Mengupdate Jerk.Btw:
31 Ogos Lagi 6 Hari Kan?.Korang Takde Pape Plan Ker?.:::
Nak Sambut Merdeka[Semangat Nih] Yang Ke 51 Tahun:::
Waaa:Da 51 Ye.Cepat Jer Mase Berlalu:Tut.tut Kang Da 52

Okilah Korang Yang Menginggah n' Yang Rajin Nak Bace::
Entry Arepit Ni.Ok Lah KorangNi Je lah Yang Arepit Nk:::
Posting Huhu::Insyallah Arepit Posting Entry2 Yang Besh
Oleh Itu Selamat Menyambut MERDEKA Yang Ke-51::::




Sabtu, 9 Ogos 2008

Cermin Diri Kita

Btw Ape Yang Di Posting Ni Bukanyew Sajak Or Puisi Or WtEva Lah.Hanya Postingan Biase

Dalam hidup nie bukan semua org suke kat kite.kita pon tidak tahu samda org itu benar2 suke kan kat kite.kekdang2.. kita je yang suke kat org tu..dan org tu x pernah sukekan kita pon.ada kalanya org yang kita suke itu tahu kita sukakan mereka.dan ade kalanya dorang wat dunno jerk.kita pon xtau kenape?

pernah ke kita sakitkan ati mereka? pernah ke kita marah mereka dan mereka juga tahu ke yang mereka juga pernah sakitkan ati kite.Besh nyew jika semua yang kita mahukan mereka penuhi.namun pernah kite penuhi ape yang mereka mahukan?macam2 yg kite impikan

dan macam2 lagilah.semua perasaan dan impian itu tidak semua kite dapat tentukan.sbb kite pon bkan nyew berkuase..kite juga sebagai manusia kena terime ape yang kite ade

kite juga tidak mampu mencapai ape yg kite mahukan dan kite juga sebagai manusia kena faham yang kite tidaklah sesempurna mana.walaupon sekaye mane kite dan walau semiskin mane pon kite.kite tetap menjadi diri kite.kite bole pakse diri kite .tapi kite xbole pakse diri orng lain untuk sayangkan kite,untuk rindukan kite
kite hanya manusia yang tidak sesempurna mane semua ade kelemahan, ade kelebihan
ini lumrah kehidupan..sebagai manusia kite kena sedar.. yakin diri kite

Bajet Gangster

Agak Lame Tak Hupdate Blog Coey Lot Guys Bit Bz Lately.Hope korang sume cihat2 alwez oki
Arepit pon sihat Alhamdulilah

Btw.Im Just Want Post PiccaYang Di Snap Semasa Ronda2 Kt Beach Jumpe Plak Menatang Ni.Comey Gilew {Korang Tengok Dulu} Comey Ke Tak.Haha.

Jeng3.Ni Diew.

{Tayang Gigi Plak}


Muke Cam Nk Makan Orang Jek.Bajet Gangster Lah Tue.Sempat Gak Snap Picca Diew Yg Kacak Tuh
Menatang Nih Suker Curik Makanan Ngn Minuman.Pengunjung yang datang beach ni.tak kire la ngah jalan ke dudok ke
.sume diew rembat.so,kena hati hati lah:::hekhek.

Tapi menatang ni baek skit kot.diew ta pnah geget orang pon .cuma menakut-nakutkan kan je.diew bajet muke gangster tu



Ni Sekor lagi bajet comey lah tuh

Muke Diew Ni Len Sket Dari Yang Tadi Kot.Hehe .Maybe Tak Gangster Kot



Korang Nmpak Tak Tong Sampah Yg Bergolek.Warna Biru.Tu Sume kerja menatang ni lah
nak cari makan la konon nyew.sampai sume di golekkan.bukan reti nak tutop balek
hahaa..ta reti nak bersopan langsung.:ape-apepon da name pon menatang.ape bole wat kan3?

Selasa, 5 Ogos 2008


Nampak tak imej kat sebelah ni {kiri}.Rasenyew korang da tau ape tu kan.heee.tak kira la telur ape pon ayam ke.itik ke.burung ker.asalkan namenyew telor
Telur Ni ade baiknye untuk kesihatan dan ade jugak buruknyew korang
Korang bace info ya
Kajian mendapati pengambilan lapan biji seminggu berisiko maut
WASHINGTON: Awas, berita buruk bagi lelaki berusia pertengahan berikutan hasil kajian terbaru mendakwa golongan itu yang memakan lebih tujuh biji telur seminggu, berisiko untuk mati awal.

Sekumpulan penyelidik Amerika Syarikat dalam kajian 20 tahun itu, mendakwa lelaki yang menghidap kencing manis pula berisiko mati awal tanpa mengira bilangan telur yang dimakan.

Kajian disiarkan edisi terbaru American ‘Journal of Clinical Nutrition’ itu hanya menokok bukti, kebanyakannya bertentangan dengan betapa selamatnya pengambilan telur. Ia tidak pula menyatakan punca atau bagaimanapun kaitan telur dengan risiko meningkatkan kematian.

“Lelaki bukan penghidap kencing manis boleh makan sehingga enam biji telur tanpa sebarang risiko kematian. Tetapi, tindakan memakan lebih daripada tujuh telur seminggu dikaitkan dengan 23 peratus risiko untuk mati,” tegas penyelidik Fakulti Perubatan Harvard, Dr Luc Djousse dan Dr J. Michael Gaziano.

“Bagi lelaki yang menghidap kencing manis, berapa banyak pun telur yang dimakan boleh meningkatkan risiko kematian seperti akibat sakit jantung dan serangan angin ahmar dalam tempoh 20 tahun.

Kajian Universiti Harvard itu amembabitkan 21,327 lelaki yang menemui doktor sejak 1981 dan bersetuju menyertai penyelidikan bagi mendekati gaya hidup mereka.

Sejak 20 tahun lalu, 1,550 lelaki terbabit didapati mengalami masalah serangan jantung, 1,342 mengalami angin ahmar dan lebih 5,000 daripada mereka mati.

“Pengambilan telur tidak dikaitkan dengan serangan jantung atau angin ahmar. Tetapi, lelaki yang makan lebih tujuh biji telur seminggu mempunyai risiko 23 peratus untuk mati dalam tempoh 20 tahun.

Responden yang memakan lebih banyak telur juga didapati lebih gemuk, tua. Makan banyak sayur tetapi kurang bijirin ketika sarapan, minum arak, kurang merokok dan bersenam juga yang memberi kesan kepada risiko serangan jantung dan kematian.

Penyelidik itu bagaimanapun menggesa kajian lebih menyeluruh berhubung dakwaan itu.

Telur sememangnya diketahui kaya dengan kolesterol. Malah, kolesterol tinggi boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dan meningkatkan risiko serangan jantung dan angin ahmar.

Seorang pakar pemakanan dan sakit jantung, Dr Robert Eckel yang juga bekas Presiden Persatuan Jantung Amerika, berkata penyelidik perlu memantau telur yang mereka makan.

“Lebih banyak telur? Sukar sebenarnya untuk menyatakan kesan sebenarnya pada masa ini. Tetapi, jika anda sendiri seorang doktor berusia pertengahan dan gemar memakan telur sebiji sehari, anda perlu fikirkan mana yang anda mahu - memakan telur atau telur dibaling pada muka anda,” katanya dengan nada sinis.

“Telur seperti juga makanan lain ada baik dan buruknya. Ia juga boleh menjadi sebahagian daripada diet pemakanan yang seimbang,” katanya dalam rencana tulisannya bagi mengulas hasil kajian berkenaan.

Ahad, 3 Ogos 2008

Bosan Itu Boredom



Hidup Memang Umpama Roda.Siang Then Malam
Ape Yang Korang Lakukan dari Pagi Korang Bangun Tuh
Tatau La Kalau Ade Mereka2 Yang Bangun Selain Dari Pagi

Menggeliat,Menguap,Gosok Gigi Yang Masam Tuh,
Yang Tak Gosok Gigi Biar Kan Gigi Tuh Masam
Sampai Seminggu Tak Pon Sebulan Pon Bole

Makan,Ke Sekolah Bagi Yang Masih Study
Kerja Bagi Yang Mencari Pendapatan Tak Kira
Untuk Family,Diri Sendiri,Cewex,Cowox..

Yang Tak Kerja Bole Sambung Tido Kot

Kekadang Rase Bosan Tak?
Tetapi Bosan Itu Hanya Datang Kalau
Korang Melakukan Sesuatu Perkara Yang Sama
Samada Tiap2 Hari Ataupun tiap2 Minggu
Ataupun juga Tiap2 Bulan
Lebih2 Lagi Benda Itu Juga Adalah Benda Yang
Sememangnya Bosan Bosan Lah

Tapi Kite Kena Lakukan Juga Perkara
Tuh Kan.Contohnya Kerja
Kalau Tak Kerja Camner Nak Dapat Pendapatan Kan?
Lain La Kalau Orang Tuh Hari Hari Ade Je Kerja
Yang Berbeza Yang Dilakukan
[Ade Ker?]

Kalau Korang Taknak Ade Rase Bosan Ni
Ape Kate Kalau Korang Jangan Dok Pikiaq
Sangat Pasal Bosan Ni

Kalau Hang Dok Pikiaq Jugak.
Boredom Je La Jawabnye.
Takkan La Hari2 Nak Ceria Je
Bosan Pon Nak Tumpang Sekaki Gak
Haha.


Jumaat, 1 Ogos 2008

Telefon

Telefon Bimbit



Sejak dipasarkan secara komersial kira-kira 10 tahun lalu, telefon bimbit mengalami perkembangan pesat dengan lebih 15 juta pengguna di Malaysia pada 2004, berdasarkan kajian yang dibuat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).Daripada jumlah itu 61.1 peratus pengguna telefon bimbit adalah lelaki, manakala 38.9 peratus adalah perempuan.

Dari situ wujudlah beraneka bentuk teknologi telefon bimbit bermula dari teknologi Sistem Global Komunikasi Mudah Alih (GSM), dilengkapi pula WAP / GPRS sehinggalah ada yang boleh memuat turun muzik, dihubungkan ke Internet serta merakamkan gambar secara pegun atau visual. Hebatkan!

Alexander Graham Bell berjaya mencipta telefon pada tahun 1876 sekali gus membolehkan masyarakat seluruh dunia berhubungan antara satu dengan lain walaupun berjauhan.

Walaupun, sejak kematiannya pada 1922, teknologi telekomunikasi masih mengalami perubahan mendadak dan berkembang begitu pesat sekali, inovasinya diperbaharui oleh generasi kemudian hingga membolehkan manusia di bumi berhubungan dengan manusia lain sekalipun berada di bulan tanpa bantuan kabel.

Di Malaysia sistem telekomunikasi tidak berwayar analog (ETACS) mula diperkenalkan pada 1989. Sejak diperkenalkan, Malaysia menjadi antara pengguna sistem mudah alih berasaskan ETACS terbesar dunia yang mana ruang liputannya melebihi 90 peratus kawasan pendudukan.

Telekom Malaysia (TM) memperkenalkan perkhidmatan telefon bergerak ATUR (Automatic Telephone Using Radio) 450 pada Mei 1985, telefon bimbit sudah menjalani evolusi yang begitu pantas, dari segi teknologi dan reka bentuknya.

Dua sistem digital yang pertama mula beroperasi pada 1992, iaitu GSM (Global System for Mobile Communications) di Eropah dan D-AMPS (Digital Advanced Mobile Phone Service) di Amerika Utara.

Sebanyak 9.5 bilion SMS dengan purata RM5 bilion dihantar pengguna telefon bimbit di Malaysia sepanjang 2004. 3.4 bilion pula direkod sehingga suku pertama tahun 2005. Teknologi terbaru bidang telekomunikasi adalah penggunaan QR Code yang melibatkan telefon bimbit berkamera.

Jenama Telefon Bimbit

Lihat Juga


[Info Search From Wikipedia]